No System & Heart is Perfectly Safe

Resep Terbaru Mee Sizzling | Yeay. Dah boleh buat sendiri dekat rumah – IHRealm

Resep Terbaru
Mee Sizzling | Yeay. Dah boleh buat sendiri dekat rumah
– IHRealm

Resepi : Mee Sizzling | Yeay. Dah boleh buat sendiri dekat rumah
Kali ni, Cik Ain nak share mee sizzling pulak. ^_^ Sesiapa yg ada nak tambah resepi, silakan. Tapi jangan gaduh2 pasal resepi ye. Kedai makan pun rasa lain-lain kan. 😉
Buku Resepi : https://seminitresepi.my
Muzik : https://hooksounds.com

==Resepi mee sizzling==

Bahan tumis

5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 bawang holland
5 tangkai cili kering

Bahan lain

Ayam
1 cawan cendawan shitake
3 tbsp sos tiram
5 tbsp kicap manis
Lada hitam
3 tbsp kicap cair
5 tbsp tepung jagung
Air secukupnya
Telur
Sawi
Yee mee
Stok ayam

==Cara-cara==

Hiris atau tumbuk bahan tumisan terlebih dahulu (kecuali cili kering) dan tumis sehingga naik bau.

Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair dan juga lada hitam.

Masukkan ayam dan cendawan shitake yang telah dipotong kecil. Biarkan sehingga mendidih, lalu masukkan air. Ikut banyak mana sizzling yang ingin di masak

Biarkan menggelegak sehingga ayam cukup empuk. Perasakan dengan stok ayam jika mahu.

Kemudian masukkan air tepung jagung dah masak hingga pekat.

Di dalam clay pot, masukkan segenggam yee mee dan tuangkan kuah tadi. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Biar sehingga telur masak.

Yee mee sedia dihidang.

Download aplikasi Seminit Resepi di handphone anda
Android http://bit.ly/AppSeminitResepi
iPhone/iOS http://bit.ly/iosSeminitResepi

Website : http://seminitresepi.com
#seminitresepi

Share

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin